Pada 14 hingga 18 Disember, 2020 telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah buat semua murid Tahun 6, SK Bukit Changgang bagi tahun 2020. Majlis ini diadakan bertujuan memberi penghargaan dan tanda kenangan kepada semua murid Tahun 6. Semua sedia maklum, tahun 2020 merupakan tahun pertama buat julung kalinya UPSR dibatalkan ekoran pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia termasuklah negara kita, Malaysia.

Majlis ini diadakan secara ringkas mengikut kelas-kelas tahun 6 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Majlis bermula dengan kelas 6 Bestari pada hari Isnin, 14 Disember 2020, seterusnya diikuti dengan kelas 6 Dinamik, Karisma, Iltizam dan akhir sekali kelas 6 Dedikasi pada hari Jumaat 18 Disember 2020.

Agenda majlis yang ringkas bermula dengan pemulangan buku teks oleh semua murid di kaunter pendaftaran. Seterusnya, murid-murid akan ke kaunter penerimaan sijil-sijil seperti Sijil Tamat Sekolah Rendah, PAJSK, Psikometrik, J-Qaf, PST 6 dan sijil-sijil pencapaian lain yang berkaitan.

Setelah selesai semua urusan, murid-murid dibekalkan sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Walaupun majlis yang diadakan ini serba ringkas tetapi ia merupakan suatu kenangan buat semua khasnya murid-murid dan semua guru yang terlibat.

Kenangan ini disimpan sebagai suatu memori yang tidak dapat dilupakan melalui gambar-gambar yang diambil.

Semoga majlis yang berlangsung selama lima hari ini, menjadi kenangan buat semua khasnya kepada 168 orang murid tahun 6, SK Bukit Changgang bagi tahun 2020.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Encik Mohamad Ali bin Alimin, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Mohd. Zaid, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan S.Rosy binti Ahman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zainal bin Misman, Penolong Kanan Petang, Encik Azman bin Basri dan semua warga SKBC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi merealisasi majlis ini.

Pin It on Pinterest

Share This