Pada 24 hingga 25 September 2020, Puan Normala binti Ibrahim, pensyarah dari IAB telah mengunjungi SK Bukit Changgang untuk memantau dan memberi bimbingan kepada pihak sekolah berkaitan TS25 yang telah berjalan pada tahun ini.

Sebelum agenda diteruskan, Guru Besar Encik Mohamad Ali bin Alimin mengalu-alukan kehadiran beliau manakala GPK Pentadbiran, Encik Zailan bin Mohamad Zaid membentangkan maklumat berkaitan sekolah secara terperinci. Selain itu, soal jawab berkaitan dengan prasarana dan jumlah murid juga dibincangkan bagi memastikan matlamat TS25 akan tercapai.

Encik Zailan juga menerangkan tentang penggunaan Laman Web sekolah yang banyak digunakan untuk menyebarkan segala laporan yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan sukan dalam kalangan warga sekolah. Selain daripada itu, peningkatan dalam kemahiran penggunaan peralatan ICT dalam kalangan guru juga terus dipantau untuk memastikan kejayaan TS25 di sekolah ini.

Semua pentadbir SKBC dan setiausaha Program TS25 bersedia menerima ilmu dan bimbingan daripada Puan Normala binti Ibrahim dari IAB.
Puan Normala pula menerangkan tentang tanggung jawab guru dan meminta pihak sekolah mengenal pasti isu yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk diatasi dengan sebaiknya.
Encik Zailan menyatakan beberapa pelan strategik sekolah yang berkaitan antara kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
Pegawai PPD turut hadir untuk memantau dan memberi buah fikiran bagi membantu pihak sekolah.

Semoga bimbingan yang diterima pihak sekolah daripada Pegawai PPD Kuala Langat serta Pensyarah IAB ini dapat memudahkan Program TS25 dilaksanakan.

Pin It on Pinterest

Share This