Bengkel Penyebaran Google Classroom dan Penerokaan Delima telah dilaksanakan di bilik komputer SK Bukit Changgang  pada 23 Mac dan 25 Mac 2021. Bengkel ini diadakan untuk semua guru mengikut 3 sesi yang telah ditetapkan kerana jumlah guru yang ramai dan mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan Covid 19.  Pengisian bengkel ini adalah berkaitan dengan penggunaan Google Classroom dan Delima yang disampaikan oleh Puan Fauziah Binti Ahmad.

Sesi pertama dimulakan pada pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari yang melibatkan semua guru sesi petang.

Bengkel untuk sesi pertama turut dihadiri oleh Encik Azman bin Basri, GPK Petang.
Sesi kedua diadakan untuk Panitia Sains, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam.
Sesi ketiga disertai oleh guru-guru Panitia Bahasa Melayu, Matematik dan Prasekolah.
Encik Zailan GPK Pentadbiran turut berkongsi ilmu berkaitan dengan Google Classroom.

Bengkel ini dapat dijalankan dengan lancar kerana semua guru memberikan kerjasama yang baik. Semoga guru-guru SKBC dapat menggunakan aplikasi yang terkandung dalam Delima dengan sebaik mungkin.

Pin It on Pinterest

Share This