Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Bagi mewujudkan peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang mereka minati maka unit Kokurikulum SKBC telah mengambil inisiatif menyediakan Laman Kokurikulum bagi mengembangkan potensi murid dalam aktiviti tertentu.

Seawal Februari 2021 kerja-kerja keceriaan Laman Kokurikulum SKBC telah dimulakan untuk memastikan murid mempunyai tempat yang selesa untuk mengembangkan potensi diri.

Kerja-kerja keceriaan ini melibatkan usaha padu oleh seluruh warga sekolah serta AJK PIBG yang turut sama membantu mengerah keringat demi kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum.

Diharapkan dengan adanya Laman Kokurikulum ini , potensi murid SKBC dapat digilap dan dikembangkan ke peringkat yang tertinggi selaras dengan Visi Kokurikulum SKBC iaitu Memacu Kecemerlangan Kokurikulum dan Seni dalam Pelbagai Peringkat Menjelang 2021.

Pin It on Pinterest

Share This