TARIKH : 1  MAC 2021 (RABU )

Seperti yang diarahkan oleh KPM, sesi persekolahan 2021 dimulai dengan Tahun 1 dan Tahun 2, iaitu pada 1 Mac 2021 hari Rabu.  Sesi persekolahan 2021 ini  berlangsung berdasarkan jadual yang telah disediakan namun semua pergerakan atau aktiviti murid Tahun 1 haruslah berpandukan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pada hari berkenaan, para ibu bapa menghantar anak-anak di hadapan pagar B sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Murid- murid Tahun 1 bergerak di dalam kawasan yang telah disediakan ke Point 1 untuk mengambil suhu badan, seterusnya ke Point 2 iaitu tempat berkumpul mengikut kumpulan kelas. Setiap kelas ditanda dengan berpandukan kad nama dan nama kelas mengikut warna seperti yang telah ditetapkan.  Murid-murid dibawa ke kelas masing-masing dengan iringan guru- guru bertugas dan guru penyayang dan disambut oeh guru kelas yang sedia ada di dalam kelas masing-masing.

Pergerakan murid tahun 1 pada waktu rehat ke kantin juga mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan dengan dibantu selia oleh guru bertugas, guru penyayang dan AJK Kantin Sekolah.

Pergerakan waktu balik juga dilaksanakan berdasarkan garis panduan SOP yang ditetapkan. Setiap kelas telah diberikan masa yang berbeza agar penjarakkan  pergerakan mereka berjalan lancar.  Murid-murid bergerak keluar dari kelas dibawa oleh guru mata  pelajaran yang terakhir ke ‘Laluan Keluar ‘ dengan dibantu oleh guru- guru Tahun 1, guru bertugas serta guru penyayang kepada para ibu bapa yang telah menanti di kawasan yang dibenarkan iaitu di hadapan pintu pagar B.

Segala pergerakan dan aktiviti murid tahun 1 pada hari pertama dipantau oleh pegawai PPD Kuala Langat Encik Shahrul Razi , Guru Besar SKBC Encik Mohamad Ali bin Alimin, barisan pentadbir SKBC dan wakil AJK PIBG SKBC. 

Alhamdulillah, segala pergerakan dan aktiviti PdP pada hari yang pertama ini  berjalan dengan lancar dan baik mengikut peraturan serta garis panduan yang ditetapkan. Terima kasih barisan pentadbir, guru- guru SKBC dan guru-guru Tahun 1 khasnya yang telah banyak membantu dan bekerjsama serta berusaha untuk memastikan segala pergerakan murid-murid Tahun 1 ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya.

Pin It on Pinterest

Share This