Serahan Beg Sekolah kepada Ibubapa yg terpilih

Pada 29 Disember 2020, Jawatan kuasa Kebajikan Murid SK Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Sekolah daripada McDonald’s.  Majlis ini telah berlangsung bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Gemilang, SK Bukit Changgang.

PK HEM menyerahkan sumbangan kepada ibubapa terlibat

    Majlis ini diadakan secara ringkas dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Seramai 50 orang murid terpilih yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah telah menerima perlatan persekolahan seperti beg, buku tulis dan alat tulis. Sumbangan daripada pihak swasta seperti McDonald’s merupakan satu nilai tambah yang wajar diteruskan dan ia juga merupakan salah satu contoh kerjasama awam-swasta yang amat dialu-alukan demi kebaikan masyarakat.

    Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pada setiap awal tahun persekolahan. Diharapkan murid-murid yang menerima sumbangan ini lebih yakin diri untuk menghadapi sesi persekolahan 2021 nanti.

AJK yang terlibat
Sesi pendaftaran penerima sumbangan

Pin It on Pinterest

Share This