Pada 19 Mac 2021 ((Jumaat), SK Bukit Changgang telah mengadakan penyampaian hadiah Pertandingan Inspirasi dan kreativiti (Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak tahun 2020). Aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti mewarna, melukis poster dan membuat kad ucapan. Aktiviti ini dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada 2 November sehingga 20 November secara atas talian.

Di antara objektif Sambutan Hari Kanak-kanak ini ialah: 1) Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah. 2) Mencungkil dan mengasah bakat senilukis di kalangan murid. 3) Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.4) Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.

Melalui program ini diharapkan dapat mencungkil bakat murid-murid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Murid juga akan berasa gembira menerima hadiah yang dimenanginya.

En. Mohamad Ali bin Alimin, Guru Besar SKBC menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tempat ketiga iaitu A’mru Hurayrah b. Mohd Zakri dari kelas
Pra Zuhrah.
Hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nur Fitri Balqis dari kelas Pra Musytari.
Tempat kedua dimenangi oleh Noura Adrianna Falisha binti Mohd Faizal dari
Pra Musytari.
Tempat ketiga dimenangi oleh Damia Qaisara bt. Muhammad Aizuddin dari kelas
3 Karisma.
Tempat kedua dimenangi oleh Siti Nurdamia Safiya bt. Mohd Fakhzan dari kelas
3 Dinamik.
Tempat pertama dimenangi oleh Luqman bin Faziazam dari kelas 3 Bestari.
Tempat ketiga dimenangi oleh Amjad Shahid dari kelas 4 Dedikasi.
Tempat kedua dimenangi oleh Nik Nur Athirah bt. Nik Nor Hisham dari kelas 4 Dinamik.
Tempat pertama dimenangi oleh Hadirah Qaisarah binti Irwan dari kelas 4 Karisma.

Pin It on Pinterest

Share This