Sumbangan Dato Sri Rina ADUN Sepang

TARIKH : 27 FEBRUARI 2021  (SABTU)

MASA  : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Pada   27 Februari  2021, Jawatankuasa  Guru-guru Tahun 1, guru bimbingan dan kaunseling serta Pentadbir    SK  Bukit  Changgang  telah  mengadakan  Majlis  Penyerahan  Beg  Sekolah   daripada  YB  Rina,  ADUN  Sepang.  Majlis  ini  telah  berlangsung  bermula  dari  pukul  8.00  pagi  hingga 12.00  tengah  hari bertempat   di  Dewan  Gemilang,  SK  Bukit  Changgang.

          Majlis  ini  diadakan  secara  ringkas  dengan  mematuhi  SOP  yang  telah  ditetapkan.  Seramai 232  orang   murid  tahun  satu  telah  menerima   beg  sekolah serta calendar tahun 2021 sumbangan  daripada  YB  Rina,  ADUN  Sepang. Majlis diadakan secara tiga  peringkat iaitu dua kelas pada satu masa  sehingga kesemua 6 kelas  berjaya diagihkan dengan lancar.

Ini merupakan  satu  nilai tambahan  yang  wajar  diteruskan  dan  ia  juga  merupakan  salah  satu contoh   kerjasama  yang amat dialu-alukan demi kebaikan masyarakat.  

           Semoga    sumbangan  ini  dapat  meringankan  beban  perbelanjaan  awal persekolahan  yang  perlu  ditanggung  oleh  ibu  bapa  dan  penjaga  pada  setiap  awal  tahun  persekolahan.

Diharapkan  murid-murid  tahun   satu  yang  menerima  sumbangan   ini dapat menggembirakan serta menjadikan murid-murid Tahun 1  lebih  yakin  diri untuk menghadapi sesi persekolahan 2021 nanti.

Pin It on Pinterest

Share This