Khamis 25 Mac 2021: Pusat sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah wujud sejak tahun 1977 lagi. Sejak dari itu terdapat pelbagai perubahan suasana dan susun atur yang berlaku sesuai dengan perubahan sistem pendidikan yang berlaku. Mula dikenali dengan nama kutub khanah,perpustakaan sehingga kini dikenali sebagai pusat sumber.
Pusat sumber merupakan salah satu institusi yang terpenting dalam sesebuah sekolah dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.Di samping fungsinya sebagai pengurus kepada segala bahan sumber pembelajaran yang ada.
Justeru,pihak sekolah perlu menyediakan suasana yang sesuai dan kondusif bagi melancarkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemudahan dan frasarana yang ada.
Sedikit perubahan telah dibuat sesuai dengan keperluan Transfomasi Sistem Pendidikan (TS25) sama ada dari segi susun atur mahu pun kemudahan terkini.
Satu pertandingan penjenamaan semula pusat sumber telah dibuat dan nama yang terpilih adalah “PUSAT SUMBER AL-KAUTHAR”.
Mewujudkan satu sudut digital bagi kemudahan sistem automasi pusat sumber dan Log masuk iQnilam.
Semoga dengan sedikit perubahan ini dapat menarik minat warga sekolah untuk mengunjungi dan menggunakan kemudahan pusat sumber yang ada.
Recent Comments