Khamis 22 April 2021: Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan juga Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menganjurkan program 10 minit Jom Baca Bersama dengan slogan “baca itu terapi”
Seluruh warga sekolah juga turut terlibat dengan membaca serentak bermula jam 11.00 pagi hingga jam 11.10 pagi. Aktiviti diadakan di lokasi masing-masing seperti kelas, bilik-bilik khas dan juga pelbagai tempat dan ruang yang ada.
Program ini bertujuan untuk memupuk minat dan menjadikan membaca sebagai terapi minda.
Recent Comments