Sabtu 02.01.2021 : Pusat sumber sekolah merupakan satu institusi yang penting dalam sesebuah sekolah.Ia sepatutnya menjadi penggerak dan pemangkin dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Justeru,sesuai dengan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan masa kini,bermula dari bulan Mac 2020 pihak pengurusan pusat sumber sekolah telah membuat beberapa perubahan atau transfomasi kepada pengurusan dan fizikal bilik pusat sumber ini secara berperingkat-peringkat.

Penjenamaan semula Pusat Sumber kepada Pusat Sumber Al-Kauthar.
Perasmian telah dilaksanakan pada 25 Mac 2021.
Pengurusan secara manual ditukar kepada sistem automasi pusat sumber PSCentral.
Proses mendaftar semula bahan-bahan pusat sumber bercetak atau bukan bercetak menggunakan sistem automasi.
Sudut digital diwujudkan bagi memudahkan pengguna log masuk iqNilam dan penggunaan Sistem Automasi.
Sudut digital
Perubahan pada nama pusat sumber
Taman bacaan atau ‘Reading Garden’ untuk buku-buku bacaan awal dan paparan info-info PSS.
Keceriaan: Pemilihan tema yang lebih minimalis
Kerjasama Ajk PSS amat dihargai
Sumbangan bunga hiasan daripada warga guru diucapkan ribuan terima kasih
Kaunter sirkulasi: mendapat sedikit perubahan warna dan sumbangan bunga hiasan daripada salah seorang pentadbir sekolah.
Papan tanda nama ‘acrilyc’ sumbangan PIBG SKBC.
PIBG turut menyumbang pendingin hawa.

Semoga perubahan-perubahan ini akan lebih bermanfaat kepada semua warga sekolah.

Pin It on Pinterest

Share This