Pada 10 Jun 2021 – Lawatan Rakan Educational Leadership Instructional Team ( ELIT) IPG/IAB Puan Normala Binti Ibrahim ke SK Bukit Changgang melalui Google Meet.
Tujuan lawatan secara maya diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada School Leader Team (SLT) bagi melaksanakan program TS25. Semua pentadbir sekolah terlibat dalam bimbingan kali ini.
Antara aspek yang dibincangkan ialah mengenai SWOT, PINTAS dan OPPM dan dibentangkan oleh Encik Mohammad Ali bin Alimin, Guru Besar SK Bukit Changgang.
Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Puan Normala atas kesudian beliau memberi bimbingan untuk menjayakan program TS25 di sekolah ini. Guru Besar juga menerangkan mengenai beberapa perkara yang telah dilaksanakan seperti penyebaran TS25 kepada semua guru dan kaki tangan. Selain itu, beliau membentangkan SWOT dan PINTAS yang telah dirancang dan telah dibimbing oleh Puan Normala untuk penambahbaikan.
Antara kejayan murid dan progran yang berjaya dilaksanakan dalam merealisasikan program transformasi sekolah turut dipaparkan seperti kejayan pasukan bola tampar sekolah.
Pihak sekolah juga menerangkan mengenai transformasi yang telah dilakukan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya transformasi pada Pusat Sumber Sekolah yang diberi nama Al-Khauthar ni dan penyediaan Smart TV bagi setiap kelas. Encik Azman menerangkan tentang sumbangan sebanyak lapan buah Smart televisyen daripada guru dan ibu bapa dapat membantu memudahkan PdP di dalam kelas. Sekolah bercadang untuk mekengkapkan semua kelas dengan Smart TV.
Sekolah juga telah melakukan transformasi iaitu dengan membeli dua buah kabin untuk membina bilik kokurikulum dan bilik Alat Bantu Mengajar. Selain itu, sekolah juga menceriakan sekolah melalui Projek Orkid.
Program bersama pemegang taruh banyak membantu murid-murid dalam PdP. Sumbangan diterima daripada EDRA dan YB Dun Dengkil. Pihak EDRA menyumbang beg sekolah, baucer BATA RM120 dan KFC RM15. YB Dun Dengkil pula memberi sumbangan khas untuk anak yatim dan Asnaf serta sumbangan tabungan pembangunan sekolah sebanyak RM 10,000.
Rumusan daripada lawatan ini, warga sekolah diharap dapat memahami perubahan yang sedang berlaku (TS25) dan menerima baik hasrat KPM. Para guru juga diharapkan dapat memberi sepenuh komitmen terhadap keperluan Program TS25 ini.
Recent Comments