Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang menganjurkan bengkel buat pertama kalinya secara bersemuka selepas negara dan dunia pendidikan mengalami Fasa Pandemik sejak 2020. Bengkel ini bertujuan memberi input terkini isu-isu pendidikan merangkumi unit Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid.
Bengkel Pemantapan Kurikulum, KoKurikulum, PBD dan PLAN ini dijalankan pada 9 April 2022 bertempat di Dewan Tempua,  Paya Indah Wetland. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Badrul Hisyam, selaku Kaunselor SKBC. Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKBC, Encik Muhamad Ali bin Alimin. Pihak SKBC juga menjemput mantan Yang Dipertua PIBG yang sudi hadir dan menyediakan dewan yang selesa untuk kami, warga SKBC.
Bengkel diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada guru-guru yang menyumbangkan khidmat bakti sepanjang tahun 2021 dalam unit KoKurikulum. Penyampaian sijil dan cenderahati ini adalah sebagai tanda penghargaan unit Kokurikulum kepada guru- guru yang menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2021. Penghargaan juga diberi kepada jurulatih-jurulatih pelbagai program dan pertandingan yang dijalankan secara atas talian sepanjang fasa pandemik ini. Diharapkan sumbangan ini akan menambahkan lagi komitmen dan semangat warga SKBC dalam menaikkan nama SKBC.
Slot Refreshing ditunggu-tunggu oleh rakan guru selepas mata mulai mengantuk dan layu. Slot ini dikendalikan oleh Kaunselor SKBC Ustaz Badrul Hisyam. Beberapa aktiiviti yang dijalankan mendapat sambutan daripada rakan guru. Kami kembali bersemangat untuk meneruskan bengkel.
Selesai slot Refreshing, tiba giliran Unit HEM memberikan sedikit panduan serta info terkini yang akan dijalankan sepanjang sesi persekolahan 2022 ini. Taklimat diberikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Zainal bin Misman.
Majlis diteruskan dengan taklimat PBD dan PLAN oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum En. Zailan bin Mohd Zaid. Beberapa aktiviti dibuat secara berkumpulan sepanjang slot ini berlangsung. Pengisian dikongsi bersama untuk menambah baik isu-isu terkini bidang pendidikan.
Program ini ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari. Diharapkan program yang dijalankan dapat menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki segala kesilapan serta meningkatkan motivasi semua guru SKBC.

Ucapan Alu- aluan dan  perasmian oleh Tuan  Guru Besar Encik Muhamad Ali Bin Alimin.
Sijil dan cenderahati disampaikan kepada mantan YDP PIBG, Datuk Ngadenin bin Musa atas kesudian menyediakan tempat untuk program Ladap pada hari ini.
Taklimat daripada GPK Kokurikulum, En. Azman bin Basri berkaitan dengan PIKeBM iaitu Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
Taklimat berkaitan dengan PBD dan PLAN daripada GPK Pentadbiran, En. Zailan bin Mohd Zaid

Disediakan  oleh:

USTAZAH ZAMILAH BT MOHAMED YASIN
SETIAUSAHA LATIHAN PERSONEL SKBC

Pin It on Pinterest

Share This