Tepat jam 11 pagi hari Khamis 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadan 1443H, semua guru, kakitangan dan murid-murid SKBC berhenti sebentar daripada melakukan apa jua pekerjaan untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit. Walaupun cuma 10 minit, marilah kita jadikan ia sebagai langkah awal dan budaya untuk terus membaca dalam kehidupan.

GPK Koko, En. Azman sempat membaca tafsir Al-Quran dalam program ini.
Tinggalkan dulu tugas lain, Pn. Masirah tidak melepaskan peluang yang ada.
Kaunselor SKBC sentiasa tekun apabila membaca.
Kakitangan di pejabat juga turut sama membaca.
Pra Iltizam

Program ini yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia berbudaya membaca dan berilmu pengetahuan. Semoga program sebegini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan warga SKBC.

Pin It on Pinterest

Share This