Pada 15 April 2022, Jumaat pukul 7.30 pagi semua murid tahun 4 dan 5 berkumpul di Dataran Nilam untuk sama-sama menjayakan pelancaran HaNIS peringkat sekolah.
HaNIS merupakan singkatan bagi frasa Hari NILAM Selangor. Nilam atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehingga murid tamat persekolahan.
Pelancaran Nilam ini berakhir pada pukul 9 pagi dan pihak jawatankuasa berharap agar bertambah ramai murid yang dapat mencontohi amalan membaca dan menerapkan budaya yang baik ini dalam diri masing-masing.
Recent Comments