Pada 15 April 2022, Jumaat pukul 7.30 pagi semua murid tahun 4 dan 5 berkumpul di Dataran Nilam untuk sama-sama menjayakan pelancaran HaNIS peringkat sekolah.
HaNIS merupakan singkatan bagi frasa Hari NILAM Selangor. Nilam atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehingga murid tamat persekolahan.

Guru Besar SK Bukit Changgang menyampaikan ucapan perasmian. Guru Besar menyampaikan sijil dan cenderahati kepada Tokoh Nilam 2022. Murid-murid tahun 4 dan 5 mendengar dengan tekun. Para pentadbir bersama Guru Media, Puan Salmah bt Salimin dalam menjayakan program Nilam. Barisan guru turut memberi sokongan yang padu untuk kejayaan murid-murid SKBC. Adik Nor Sofea Adriana bersama guru yang banyak membantu hingga berjaya meraih kejayaan. Pengacara majlis dan guru-guru yang banyak membantu di belakang tabir. Para pentadbir dan guru-guru sentiasa bekerjasama. Adik Sofea bertanyakan beberapa soalan kuiz kepada murid-murid selepas bercerita mengenai buku yang pernah dibaca. Tahniah , anda berjaya. Adik Sofea menyampaikan hadiah pada murid yang berjaya menjawab soalan kuiz secara spontan. Tokoh Nilam Daerah Kuala Langat dan Naib Johan peringkat negeri Selangor. Sofea juga mendapat Johan dalam Anugerah Kumpulan terbaik Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Pelancaran Nilam ini berakhir pada pukul 9 pagi dan pihak jawatankuasa berharap agar bertambah ramai murid yang dapat mencontohi amalan membaca dan menerapkan budaya yang baik ini dalam diri masing-masing.
Recent Comments