27 Mei 2022 – Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Changgang telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Bukit Changgang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi diiringi dengan tepukan dan sorak-sorai murid-murid. Kejohanan merentas desa ini dilaksanakan setelah negara memasuki fasa endamik Covid-19. Meskipun murid-murid sudah lama tidak melakukan aktiviti fizikal di luar kawasan sekolah, namun semangat dan keterujaan murid-murid mengikuti kejohanan ini jelas terpancar sepanjang mengikuti kejohanan pada tahun ini.

Kejohanan dimulakan dengan murid-murid memakai nombor kejohanan yang diedarkan oleh  ketua rumah sukan di ruang yang ditetapkan. Selanjutnya kejohanan diteruskan dengan sesi memanaskan badan yang telah diketuai oleh Cikgu Hamizan di dataran perhimpunan sekolah. Semua murid SK Bukit Changgang kelihatan bersungguh-sungguh ketika sesi memanaskan badan ini. Tepat jam 8.15 pagi, kejohanan telah dimulakan dengan pelepasan murid lelaki terlebih dahulu. Perasmi pelepas telah disempurnakan oleh Naib Yang dipertua PIBG, En Sharom Nizam Bin Abd Aziz.

         

Secara keseluruhannya, rumah Ungu (Panglima) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai Johan. Naib Johan pula telah dimenangi oleh rumah Merah (Pendekar). Johan pada kejohanan ini akan menyumbang 1 pingat emas untuk Kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Changgang yang akan dijalankan pada penghujung tahun sesi persekolahan nanti.

Tahniah diucapkan kepada semua murid SK Bukit Changgang yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sebelum, semasa, dan selepas kejohanan berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada semua guru yang telah membantu menjayakan kejohanan merentas desa pada tahun ini. Semoga SK Bukit Changgang mampu melahirkan atlet yang berpotensi di peringkat daerah, malahan mempunyai kecerdasan minda yang mampu membawa nama SK Bukit Changgang ke peringkat yang lebih tinggi.

Kutipan mata keseluruhan
Pemenang Tahun 4 Perempuan
Pemenang Tahun 5 Lelaki
Pemenang Tahun 5 Perempuan
Pemenang Tahun 6 Lelaki
Pemenang Tahun 6 Perempuan
Tahniah rumah Ungu..

Semangat Kental Berjiwa Cekal

Pin It on Pinterest

Share This