Pada 29 Mei 2022, Jumaat pada jam 7.45 pagi telah diadakan Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan bagi murid tahun 4, 5 dan 6 di Dataran Nilam SK Bukit Changgang. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil arwah ahli keluarga warga SK Bukit Changgang, dipimpin oleh Tn. Hj. Ridzuan bin Mohamed. Diikuti penyampaian tazkirah Ramadan dan Syawal oleh Tn. Hj. Ridzuan bin Mohamed. Seterusnya, acara khatam al-Quran yang disertai oleh 18 orang murid tahun 6 dipimpin oleh Ustaz Mohd Nakhoie bin Ahmad Badawi, sebagai penutup program Tadarus al-Quran yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan di kelas masing-masing. Sejurus selesai Majlis khatam al-Quran, Cikgu Mohamad Ali bin Alimin telah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan penutupan Program Ihya’ Ramadan tahun 2022/1443 H. Setelah itu, acara penyampaian hadiah bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Ihya’ Ramadan diberikan kepada pemenang. Bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik, penyampaian sumbangan kepada kepada golongan asnaf dan anak yatim telah diberikan kepada 32 orang murid hasil sumbangan ibu bapa dan warga SK Bukit Changgang. Semoga Allah gandakan rezeki melimpah ruah kepada para penyumbang.

Murid Tahun 4, 5 dan 6 bersama-sama meraikan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan dan Khatam al-Quran
Acara Khatam al-Quran oleh murid tahun 6 dipimpin oleh Ustaz Mohd Nakhoie bin Ahmad Badawi
Tazkirah Ramadan dan Syawal disampaikan oleh Tn Hj Ridzuan bin Mohamed
Penyampaian sumbangan kepada anak-anak Asnaf SK Bukit Changgang

Pin It on Pinterest

Share This