Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membimbing dan melatih murid baharu menerima sistem Pendidikan formal sekolah rendah. Melalui program ini, murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Standard Kurikulum KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).
Selain itu, penerapan nilai dan kemahiran yang dirancang sepanjang empat minggu mampu menarik minat dan kesungguhan murid untuk terus hadir serta sayangkan sekolah dan seterusnya meningkatkan keinginan untuk terus mahu belajar bersama rakan-rakan di kelas. Program ini juga memberi peluang kepada setiap murid untuk meningkatkan kemahiran asas dan gerak kerja berkumpulan. Murid-murid juga perlu menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah.

MATLAMAT

1.1 Mendedahkan murid dengan pembelajaran yang sebenar
1.2 Menyesuaikan murid-murid dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan dalam jangka masa yang singkat.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk semangat kerjasama dan hubungan mesra di antara murid dan guru-guru Tahun1
2.2 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 1 yang terlibat dalam pertandingan yang dijalankan sepanjang program tersebut.
2.3 Memberi ruang kepada murid-murid baru menunjukkan bakat dan kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.

3.0 SASARAN
Semua Murid Tahun 1 Sesi 2022 (anggaran 244 orang)

Majlis penutupan Program Transisi Tahun 1 ini telah diadakan pada 30 April 2022, hari Jumaat pada pukul 3 petang di Dataran Nilam. Selain daripada ucapan daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Petang, murid-murid yang telah berjaya dalam beberapa aktiviti yang dijalankan turut diberi hadiah.

Pihak jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi sumbangan dan komitmen dengan penuh dedikasi dalam menjayakan Program Transisi Tahun Satu 2.0 sesi 2022/2023 ini.

Pin It on Pinterest

Share This