Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah SK Bukit Changgang telah diadakan pada 13 Mei 2022 (Jumaat). Majlis ini diadakan serentak untuk semua kelas bagi sesi pagi manakala sesi petang pula diadakan pada sebelah petang. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan terutama murid-murid yang berpuasa penuh. Di samping itu juga, aktiviti bermaaf-maafan antara warga sekolah dapat diadakan di samping bertukar-tukar juadah hari raya. Dengan adanya program sambutan ini juga, akan mengeratkan tali silaturrahim antara warga sekolah.

Lokasi sambutan Hari Raya
Sesi Pagi
Tahun Lokasi
Prasekolah Kelas Prasekolah
Tahun 4 Dataran Berbumbung Kantin
Tahun 5 Dewan
Tahun 6 Dataran Nilam

Sesi Petang
Tahun Lokasi
Tahun 1, 2,3 Di Kelas Masing-masing

Masa : 9.50-11.50 (sesi Pagi)
3.15 – 5.15 (Sesi Petang) Pakaian : Tema Hari Raya (Sopan dan Sesuai

Objektif program ini telah dapat dicapai dengan baik. Objektifnya adalah
1) Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru , guru dan murid serta warga sekolah.
2) Menanam rasa kecintaan terhadap kebenaran Allah tentang keistimewaan bulan Syawal.
3) Membina akhlak dan sahsiah yang baik dalam kalangan murid-murid.
4) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah dalam kalangan murid.

Kekuatan Program :

  1. Semua AJK memberikan kerjasama dan menjalankan tugas dengan baik sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung.
  2. Program ini telah membuat semua warga sekolah merasa gembira dan teruja dapat bersama-sama menjayakan majlis sambutan ini

Disediakan oleh,


(ZALEHA BINTI OMAR)
Naib Setiausaha Kokurikulum,
SK Bukit Changgang.

Pin It on Pinterest

Share This