Pada 28 Ogos yang lalu, SK. Bukit Changgang telah mengadakan Hari Terbuka Akademik kali pertama bagi sesi persekolahan 2022/2023.

Objektif utama diadakan Hari Terbuka adalah untuk membuat penyerahan slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada ibubapa sekaligus memberi ruang kepada guru dan ibubapa untuk berbincang tentang tahap pencapaian semasa murid secara menyeluruh. Ibubapa juga  berpeluang untuk bertanya tentang pencapaian dan sahsiah anak masing-masing semasa sesi pembelajaran bersama guru di sekolah.

Selain itu, guru dan ibubapa turut berpeluang  untuk berbincang tentang tindakan dan usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian murid pada masa akan datang. Usaha ini diharap dapat diteruskan agar kita dapat sama-sama merealisasikan kejayaan  akademik murid-murid SK. Bukit Changgang dan memastikan kemenjadian murid dalam semua aspek.

Pin It on Pinterest

Share This