Solat Rukun Islam yang kedua dan merupakan asas utama untuk membentuk keperibadian muslim yang baik dan bertaqwa. Pendidikan Solat bermula dari zaman kanak-kanak dan ia merupakan tiang agama yang telah difardhukan ke atas orang Islam.

Pada 3 Ogos 2022 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang Banting Selangor telah melaksanakan Kem Bestari Solat Siri 1 bagi murid tahun 4 2022. Bertempat di Surau Al-Hidayah o seramai 197 orang murid telah menyertai Kem Bestari Solat yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang.

Murid-murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap program Kem Bestari Solat pada kali ini. Ini mungkin disebabkan wabak covid 19 yang melanda menyebabkan program secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan.

Pin It on Pinterest

Share This