Pada 30 Mei 2022 telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SKBC bagi sesi 2022/23. Majlis itu telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Mohamad Ali bin Alimin. Seramai 79 orang pengawas sesi pagi telah menerima Watikah Pelantikan dan telah mengangkat ikrar setia dalam Perhimpunan Rasmi pagi Isnin tersebut. Bacaan ikrar tersebut telah diketuai oleh Ketua Pengawas iaitu Mohamad Dayyen Izzudyne bin Mohamad Ali Rudyne dari kelas 6 Dinamik dan Penolong Ketua Pengawas pula ialah Nur Sofea Adriana binti Mohd. Suhaimi dari kelas 6 Dinamik.
Manakala penyerahan Watikah Pelantikan bagi pengawas sesi petang pula telah diadakan sewaktu Perhimpunan Rasmi Mingguan pada petang tersebut juga. Seramai 39 orang pengawas telah menerima Sijil Watikah Pelantikan daripada Encik Mohamad Ali bin Alimin, Guru Besar SK Bukit Changgang. Jumlah keseluruhan pengawas SKBC bagi sesi 2022/23 ialah 118.

Mohamad Dayyen Izzudyne bin Mohamad Ali Rudyne – Ketua Pengawas
Penolong Ketua Pengawas pula ialah Nur Sofea Adriana binti Mohd. Suhaimi
Pengawas Sesi pagi
Pengawas sesi petang

Semoga dengan pelantikan tersebut akan menjadikan para pengawas bersemangat untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komited terhadap tugas mereka di samping membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin sekolah.

Pin It on Pinterest

Share This