Pada 17 Februari 2022, Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan telah dilaksanakan dengan jayanya.
Seramai 555 murid tahun 1 hingga 6 telah tersenarai layak menerima bantuan tersebut. Penyerahan dibuat oleh guru kelas kepada ibu bapa bertempat di Dewan Gemilang, SKBC.
Pematuhan Prosedur Standard Operasi turut dititikberatkan bagi memastikan tidak berlaku penularan virus covid 19.

Bantuan polis pengiring diperlukan bagi melancarkan perjalanan majlis.
Guru kelas menyerahkan Bantuan Awal Persekolahan kepada ibu bapa atau penjaga.

Semoga bantuan yang diberi ini dapat membantu sebahagian daripada keperluan persekolahan murid.

Pin It on Pinterest

Share This