Banting, 24 Ogos 2022, Panitia Pendidikan Moral bersama Unit Pemulihan dan Bimbingan & Kaunseling  telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke G2G Animal Garden,Maeps Serdang dan Kilang Coklat Beryl’s di Seri Kembangan. Seramai 40 orang murid-murid Tahun 1-6 bersama 6 orang guru  pengiring mengikuti lawatan sambil belajar tersebut.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada pengalaman hands on dan minds on, mendedahkan murid kepada Alam Flora dan Fauna yang amat menyeronokkan, merapatkan hubungan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru dan memupuk semangat perpaduan  dan kasih sayang antara kaum.

Antara aktiviti menarik di G2G Animals Garden ialah dapat  melihat sendiri  spisis  haiwan liar dan jinak,memberi makan kepada haiwan dan ternakan.Kami juga dapat bergambar dengan haiwan reptilia.

Selepas itu, kami bergerak pula ke kilang Coklat  Beryl’s.Kami di sambut dengan layanan yang ramah mesra dan diberi taklimat oleh kakitangan Beryl’s.Kami juga berpeluang melihat proses pengadunan sehinggalah proses pembungkusan coklat.Sebelum beredar kami berpeluang membeli sedikit cenderahati untuk di bawa pulang.

Keseluruhan aktiviti lawatan ini telah mencapai objektifnya dan  dapat mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran luar bilik darjah serta pengetahuan sains dan teknologi.Kami juga sempat bergambar  untuk kenang-kenangan sepanjang aktiviti .Semoga pembelajaran ini  memberi manfaat kepada semua.

Pin It on Pinterest

Share This