Skor Kompetensi Digital (Digital Competency Score – DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Penilaian ini telah dilaksanakan bermula pada 1 Oktober 2022 sehingga 10 Disember 2022. Kumpulan sasaran bagi murid sekolah rendah ialah Tahun 6.

Walaupun penilaian ini menetapkan seramai 40 orang murid yang terlibat bagi setiap sekolah, namun minat yang tinggi telah menyebabkan ramai murid sekolah SKBC yang ingin turut serta. Oleh itu, jumlah murid yang berjaya menyelesaikan kesemua peringkat hingga peringkat 20 ialah 86 orang. Murid-murid yang berjaya menyelesaikan penilaian ini telah diberikan sijil dan markah akan diberikan dalam PAJSK peringkat Negeri.

Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan murid-murid berasa sangat gembira kerana telah diberi peluang untuk menyertai program ini. Semoga semua murid lebih mahir menggunakan komputer dan melayari internet dengan lebih beretika dan sentiasa menjaga keselamatan diri dalam dunia maya.

Pin It on Pinterest

Share This