Pada tarikh 9 Disember 2022, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak yang bertema ‘Kerjaya Idaman Saya’.

Sambutan ini diadakan sebagai memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti diadakan bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat dalam kalangan murid-murid selain daripada menggalakkan mereka terlibat dalam pelbagai pertandingan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan diharap dapat melahirkan murid yang berkeperibadian terpuji, berwibawa, memupuk semangat perpaduan serta memperkenalkan bidang kerjaya kepada murid-murid.

Aktiviti dijalankan mengikut sesi persekolahan. Sesi pagi bermula pukul 7.30 pagi  hingga 11.50 pagi manakala sesi petang  bermula 3.40 hingga 6.30 petang.

Cikgu Hamizan sebagai pengacara majlis menyampaikan ucapan alu-aluan kepada barisan pentadbir, guru-guru dan semua murid.
En Azman bin Basri menerangkan perjalanan majlis pada hari tersebut.
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada semua pemenang melukis poster dan mewarna gambar Sambutan Hari Kanak-kanak.
Penerima hadiah berbangga dengan pakaian kerjaya idaman mereka.
Berbagai pakaian kerjaya yang menarik disediakan oleh penjaga masing-masing.
Murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan Disember berada di atas pentas untuk memotong kek.
Beberapa acara persembahan disertai oleh murid-murid untuk menyerikan majlis ini.
Jamuan Sambutan Hari Lahir juga diadakan di setiap kelas. Setiap kelas disediakan kek hari jadi oleh pihak sekolah dan ibu bapa.

Program yang dijalankan ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Semoga dapat dilaksanakan lagi pada tahun seterusnya.

Pin It on Pinterest

Share This