Pasukan Pergigian Kuala Langat telah mengadakan pemeriksaan dan rawatan gigi pada semua murid SK Bukit Changgang pada 14 hingga 27 Jun 2022. Ini merupakan lawatan pemeriksaan dan rawatan pergigian yang dibuat secara rutin pada setiap tahun. Namun terhenti setelah penyebaran wabak Covid-19 dan pelaksaan perintah kawalan pergerakan. Alhamdulillah, lawatan ini dapat dilaksanakan kembali tahun ini. Seramai seorang doktor dan beberapa orang jururawat pergigian yang terlibat sepanjang pemeriksaan ini dijalankan. Lawatan pasukan pergigian telah dibantu oleh guru kesihatan iaitu Pn. Siti Norbaizura. Lawatan ini melibatkan ceramah penjagaan kesihatan gigi, latihan menggosok gigi, pemeriksaan dan rawatan pergigian (minor sahaja) serta program pergigian bersama ahli Kelab Doktor Muda.

Lawatan ini telah dimulakan dengan ceramah penjagaan kesihatan gigi yang telah disampaikan oleh jururawat yang bertugas. Seterusnya, pemeriksaan pergigian dijalankan mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan. Setelah pemeriksaan, beberapa orang murid terpilih perlu mengikuti latihan menggosok gigi bersama doktor dan jururawat. Murid-murid diajar cara menggosok gigi dengan kaedah yang betul supaya kesihatan gigi dapat terus terpelihara. Bagi murid yang mempunyai masalah pergigian, mereka telah diberi surat rujukan untuk ke klinik berdekatan bagi rawatan lanjut.

Selain itu, lawatan pasukan pergigian sekolah ini juga telah mengadakan jalinan aktiviti bersama Kelab Doktor Muda. Seramai 22 orang ahli Kelab Doktor Muda tahun enam terlibat dengan aktiviti ini. Guru penasihat Kelab Doktor Muda iaitu Pn. Mardhiana telah turut sama membantu menjayakan program ini. Ahli kelab didedahkan dengan contoh kerosakan gigi dan cara rawatan yang betul. Ahli kelab juga dibimbing untuk melakonkan semula watak murid dan jururawat semasa sesi pemeriksaan gigi dilaksanakan.

Laporan disediakan oleh Puan Siti Norbaizura binti Abdul Malik.

Pin It on Pinterest

Share This