OBJEKTIF/TUJUAN
i) Memupuk sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak tentang sains, matematik dan teknologi.
ii) Mengembangkan pengalaman sedia ada murid-murid terhadap bidang sains, matematik dan teknologi.
iii) Menyediakan peluang dalam bidang sains, teknologi, matematik dan kejuruteraan yang dapat
membantu menyediakan lebih banyak sumber kepada negara.
iv) Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
v) Mempelajari ilmu sains,teknologi, matematik dan kejuruteraan secara tidak langsung semasa menyertai aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan.
KEKUATAN i) Murid-murid dapat mengaplikasikan pengaturcaraan dalam mata pelajaran RBT semasa program pendidikan.
ii) Murid-murid dapat merancang aktiviti yang ingin dilakukan berdasarkan tempoh masa yang diberikan.
iii) Murid-murid mengalami aktivti berkaitan STEM iaitu mencipta robot menggunakan komputer di “Mindstorm”.
iv) Murid-murid mematuhi arahan guru dan bergerak secara berkumpulan untuk menyertai segala aktiviti/permainan yang disediakan. v) Murid-murid berani berhadapan dan berkomunikasi dengan masyarakat awam pelbagai bangsa contohnya para pelancong.
KELEMAHAN i)Terdapat murid-murid yang tidak mengikut tatacara pemakaian berkumpulan walaupun taklimat secara terus/dalam talian telah diberikan.
ii) Terdapat sekumpulan murid yang lewat tiba semasa sesi program pendidikan, makan tengah hari dan juga waktu berkumpul.
iii) Harga tiket dan kos lain yang agak mahal menyebabkan ramai murid yang kurang mampu tidak dapat menyertainya.
TINDAKAN SUSULAN i) Memastikan semua murid berada dalam keadaan yang baik dari segi kesihatan dan keperluan lain.
ii) Mengumpul refleksi pengalaman baharu yang murid-murid peroleh sepanjang lawatan tersebut.
iii) Mengumpul refleksi yang diperoleh dalam kalangan guru pengiring untuk tujuan pelaporan dan post-mortem untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.
KESIMPULAN/ KEBERKESANAN i)Segala perancangan berjalan dengan baik dan lancar. Murid-murid menyatakan keterujaan dan kegembiraan apabila ditanya secara terus oleh guru-guru.
ii) Murid-murid mampu berdikari di samping menggunakan pengalaman pembelajaran di sekolah apabila berada di luar kawasan sekolah.
iii) Murid-murid berupaya mengurus perbelanjaan kewangan sendiri sepanjang tempoh lawatan.
iv) Program STEM yang disediakan dapat diaplikasi sepenuhnya oleh para peserta lawatan.
v) Lawatan yang sangat bermanfaat kerana murid-murid dapat bermain sambil belajar, meningkatkan keberanian, membina keyakinan, belajar erti kerja sepasukan seterusnya meningkatkan ukhuwah dalam kalangan peserta yang menyertai lawatan.
Laporan disediakan oleh Puan Azlinda binti Saad, Penyelaras Tahun 6.
Recent Comments