Pertandingan kumpul minyak terpakai telah diadakan pada bulan September hingga Oktober 2022. Pertandingan ini berjaya dilaksanakan sebanyak 2 kali. Pertandingan ini melibatkan semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi menyemai sikap sayangkan alam sekitar dengan mengumpul minyak masak terpakai yang dibawa oleh murid-murid dari rumah dan kemudian dikumpulkan mengikut kelas masing-masing. Kelas yang mengumpul minyak masak terpakai paling banyak (kg) akan menerima hadiah dari pihak sekolah dan juga hasil jualan minyak masak terpakai akan diserahkan kepada kelas masing-masing. Minyak masak terpakai ini akan dijual kepada syarikat yang membeli minyak masak terpakai untuk dikitar semula menjadi bahan bakar kenderaan atau biodiesel. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada semua murid. Ibu bapa juga memberikan kerjasama yang baik terhadap pertandingan ini.
Tahniah diucapkan kepada kelas yang berjaya mengumpul minyak masak terpakai.
Pemenang bulan September 2022 :           Sesi pagi – 5 Dinamik
Sesi petang – 2 Dedikasi
Pemenang bulan Oktober 2022:                 Sesi pagi – 5 Bestari
Sesi petang – 2 Iltizam
Pertandingan ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan .

Laporan disediakan oleh Puan Nafisah binti Ismail.

Pin It on Pinterest

Share This