Pada 11 November 2022, seramai 3 orang ahli tahun lima bagi setiap unit beruniform iaitu Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Puteri Tunas dan Puteri Islam telah dipih untuk menyertai Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Pantai Batu Laut Bersama MPPK Daerah Kuala Langat. Seramai lima orang guru pengiring yang turut menyertai program ini ialah Encik Ali bin Alimin (guru besar SKBC), Encik Azman (GPK KOKU), Puan Nor Azila, Puan Marlinza dan Puan Siti Norbaizura.

Program ini telah dimulai dengan Ceramah Kesedaran Menjaga Kebersihan Alam Sekitar yang disampaikan oleh Datin Norelan bin Roslan, Pengerusi Pertubuhan Peduli Sampah (GPS) Malaysia. Kemudian, semua peserta dibekalkan dengan plastik sampah dan sarung tangan sebelum bergerak ke Pantai Batu Laut untuk mengutip sampah yang ada. Setelah itu, sampah yang telah dikutip tadi di timbang untuk perekodan dan diasingkan mengikut kategori.

Selain itu, peserta-peserta juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Antaranya ialah meneka bilangan gula-gula dalam balang, menjawab soalan kuiz, membaca buku dalam perpustakaan bergerak, bermain permainan ular dan tangga, menggerakkan robot dan macam-macam lagi. Setiap gerai aktiviti juga memberikan sedikit cenderahati kepada peserta yang mengambil bahagian.

Sebelum pulang, semua peserta dan guru pengiring disajikan dengan jamuan makan tengah hari yang sungguh menyelerakan.

Laporan disediakan oleh Puan Siti Norbaizura binti Abdul Malik.

Pin It on Pinterest

Share This