Pada 13 Januari 2023, Unit Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menganjurkan program Mudahnya Matematik. Seramai 50 orang murid Tahun 3 yang terdiri daripada murid berpencapaian sederhana telah menyertai program tersebut. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang keperluan matematik dalam kehidupan seharian, mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik sebagai mata pelajaran yang mudah dipelajari dan menerapkan didik hibur dalam proses pembelajaran.
Pihak sekolah telah menjemput En. Mohd Zuraidi bin Komari yang merupakan seorang guru dan penceramah hebat dalam bidang pengajaran Matematik. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan untuk menguji kecekapan dan kepantasan murid dalam operasi matematik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sifir Infiniti, Mencongak, Kira Cepat, Permainan Bingo dan beberapa permainan kecil dalam kumpulan.

Laporan disediakan oleh Puan Norehan Bt Hashim

Pin It on Pinterest

Share This