Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Sukan telah diadakan pada 14 Februari 2023 (Selasa) bertempat di Dataran Nilam , SK Bukit Changgang. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu mahupun kumpulan tertentu yang telah berhempas pulas menjayakan aktiviti kokurikulum dan sukan hingga ke peringkat tertinggi bagi tahun 2022/2023. Majlis ini bukan julung kali diadakan, bahkan boleh dikatakan setiap tahun majlis ini sentiasa diadakan.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada penggiat kokurikulum dan sukan menerima ganjaran yang setimpal dengan usaha, titik peluh, masa, idea serta banyak lagi yang telah mereka korbankan demi menjayakan visi dan misi SK Bukit Changgang untuk menjadikan kokurikulum dan sukan sebagai salah satu asas menggapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Majlis ini juga merupakan satu program yang khas bagi mengukur dan menilai tahap pencapaian serta penglibatan semua pihak yang bermula daripada murid-murid sehinggalah ke peringkat pengurusan tertinggi di sekolah.

Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk:

 Memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya mencapai tahap kecemerlangan seperti yang telah digariskan.

 Menggalakkan lebih ramai murid, pegawai serta pengurus kokurikulum dan sukan di semua peringkat agar terus aktif dan meraih lebih banyak kejayaan.

 Mewujudkan generasi yang mempunyai semangat bersatu-padu melalui persatuan sukan, kelab dan persatuan serta pasukan badan beruniform ke arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang berbudaya, berilmu dan berperi kemanusiaan.

 Melahirkan insan yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dan mampu memberi sumbangan kepada keamanan dan kemakmuran bangsa dan negara.

Manakala objektifnya adalah :

Pada akhir program ini, diharapkan peserta-peserta akan dapat:

 Menanamkan semangat bekerjasama antara satu sama lain.

 Meningkatkan semangat dan daya saing yang sihat dalam malaksanakan aktiviti kokurikulum.

 Memupuk semangat kerjasama, sifat berani dan sabar serta sikap tolong-menolong dan bertolak ansur di antara satu sama lain.

 Menggalakkan penyertaan murid dan guru dalam kegiatan kokurikulum dan sukan sehingga peringkat yang tertinggi.

 Wujud penyelarasan dan penyeragaman penganugerahan kokurikulum dan sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
KPI: 95% murid mempunyai semangat daya saing yang sihat dalam mengejar kejuaraan.


Majlis ini telah meraikan seramai 75 orang murid yang telah meraih kejayaan dalam pelbagai acara sama ada kejayaannya di peringkat daerah, negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut diraikan juga kejayaan murid bagi program 1 Murid 1 Sukan. Selain itu, majlis turut memberi anugerah penghargaan kepada 27 orang jurulatih yang terlibat secara sepenuhnya tanpa mengira masa, tenaga dan kewangan untuk melihat kejayaan anak didik di bawah tanggungjawab mereka. Semuanya diraikan di majlis ini bagi memberi semangat dan motivasi kepada semua murid-murid, guru-guru ( penggiat kokurikulum dan sukan ) untuk terus mara dan maju ke hadapan. Majlis dirasmikan oleh Encik Noraziman bin Sadiman .


Anugerah khas untuk unit Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan Unit Sukan & Permainan serta Anugerah Khas kokurikulum turut tidak dilupakan.

Majlis tamat pada jam 10.15 pagi dan semua peserta bersurai.

Kelemahan Program
-Tiada timbul sebarang isu/masalah

  • Kekuatan Program :
     Semua AJK memberikan kerjasama dan menjalankan tugas dengan baik sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung.
     Program ini telah membuat semua pegawai, pengurus, jurulatih dan murid-murid terasa dihargai.

Penambahbaikan Program :
 Dicadangkan diadakan lagi pada tahun hadapan

Anugerah yang diberikan adalah kepada murid dan guru (SEPERTI NAMA DI SENARAI DALAM BUKU PROGRAM)

Majlis ini amat berimpak tinggi dan perlu diteruskan pada masa akan datang. Terlihat keceriaan di wajah murid-murid apabila namanya diumumkan ketika mengambil hadiah sijil penghargaan dan plak. Program ini juga telah mencapai objektifnya. Namun boleh ditambah baik pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh Pn Zaleha binti Omar.

Pin It on Pinterest

Share This