Setiap sekolah sudah pasti akan mengadakan majlis persaraan bagi guru-guru yang akan bersara. Perkara tersebut diadakan supaya murid dan rakan-rakan guru dapat mengingati jasa serta pengorbanan guru yang telah berkhidmat di sesebuah sekolah itu. Majlis itu juga sebagai tanda penghargaan buat guru yang bakal bersara.

Justeru, pada 5 Januari 2023 telah diadakan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi bertujuan untuk meraikan hari persaraan salah seorang guru di SK Bukit Changgang iaitu Pn. Noraini binti Daud yang telah menabur khidmat dan baktinya sebagai seorang pendidik bermula daripada 19 Jun 1991 sehingga 2 Disember 2023 iaitu selama 31 tahun. Pihak sekolah, KGKT serta PIBG telah bersepakat dan bekerjasama dalam menjayakan majlis persaraan peringkat sekolah ini.

Majlis dimulakan dengan jamuan bersama para guru di dewan sekolah. Acara seterusnya ialah perarakan masuk yang dirai ke Dataran NILAM sambil diiringi oleh pasukan kompang sekolah, YDP PIBG dan Guru Besar SKBC.

Atur cara majlis dimulakan tepat jam 2.30 petang dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan doa oleh Tn.Hj. Zubir bin Ulul Azmi. Majlis diteruskan dengan ucapan ketua murid , ucapan YDP PIBG dan ucapan Guru Besar SKBC. Seterusnya acara diteruskan dengan persembahan murid dan guru . Selepas itu, tayangan video yang menggamit memori Pn. Noraini binti Daud yang telah disediakan oleh unit Media SKBC. Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan terakhir dan teristimewa oleh Pn. Noraini binti Daud. Harapan beliau agar SKBC terus cemerlang dan beliau sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan murid-murid SKBC.Akhirnya ialah acara penyampaian cendera hati perpisahan oleh unit-unit sekolah sebagai tanda kenang-kenangan kepada guru yang bersara.

Acara kemuncak ialah lambaian kasih daripada warga SKBC buat Pn. Noraini dan gimik Thumb Print terakhir yang dirai. Seterusnya perarakan pulang Pn. Noraini binti Daud dengan menaiki kereta kuda.

Jamuan diadakan sebagai pembuka acara bagi Majlis Lambaian Kasih.
Paluan kompang mengiringi  perarakan masuk guru yang diraikan ke Dataran Nilam.
Pelbagai acara menarik daripada murid-murid dipersembahkan pada petang yang  bersejarah ini.
Suami tersayang  En Rejiha, turut meraikan majlis persaraan isteri.
Penyampaian hadiah daripada Guru Besar, para pentadbir, guru- guru, kaki tangan sekolah dan murid-murid.
Ucapan perpisahan daripada Puan Noraini.
YDP PIBG SKBC , Tn Hj Bahaman bin Hj Amat Jiman, mantan Guru Besar Pn.Hjh Rozana, Pn. Zalilah  GB SK Olak Lempit,  Pn. S. Rosy GPK HEM SKOL dan Pn. Norhayati Ramli  turut sama meraikan majlis ini.
Persembahan akhir daripada rakan guru.
Pasangan ini diraikan di pelamin indah  SKBC.
Gambar kenangan bersama ahli keluarga.
Gambar terakhir bersama guru-guru dan staf  SKBC.
Puan Noraini bersalam-salaman dengan murid-murid sebelum berangkat pulang.
Tumbprint terakhir di SKBC
Puan Noraini dan suami diraikan dengan menaiki kereta kuda hingga ke kediaman pada hari akhir perkhidmatan.

Segala jasa dan pengorbanan Pn.Noraini akan sentiasa dikenang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat berehat dan menikmati waktu yang berharga selepas bersara bersama keluarga tercinta dalam keadaan aman dan diberkati Allah hendaknya .Selamat bersara cikgu. Terima kasih atas segalanya.

Laporan disediakan oleh Puan Tuan Roshaliza binti Tuan Man.

Pin It on Pinterest

Share This