Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasesolah sesi 2022/2023 telah selesai diadakan pada 16 Februari 2023 ( Khamis) bertempat di Dataran Nilam, SK Bukit Changgang. Majlis ini dihadiri oleh anak-anak yang diraikan seramai 144 murid daripada 150 orang. Anak yang tidak hadir seramai 6 orang bersebab. Ibu bapa juga turut hadir meraikan anak-anak masing-masing di majlis ini. Majlis ini dirasmikan oleh Tn. Hj Bahaman bin Hj Amat Jiman (YDP PIBG SK Bukit Changgang).
Program Prasekolah Malaysia adalah merupakan sebuah program yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Murid boleh menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah. Pada tahun ini, seramai 85 murid akan melangkah ke tahun satu. Manakala selebihnya akan menyambung lagi pembelajaran diprasekolah/tadika mengikut permohonan mereka.
Objektif Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah telah mencapai saranannya. Antara objektifnya ialah
 Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dan berpotensi
 Memupuk emosi murid agar berazam ingin maju, bersaing secara sihat menuju kejayaan.
 Mengeratkan kerjasama antara murid, guru, dan ibu bapa secara tidak langsung.
 Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, bersatu padu dan muhibah antara rakan. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi dan bersurai.

Kekuatan Program

  1. Kehadiran ibu bapa /penjaga yang menggalakkan dan menepati masa yang ditetapkan
  2. Ibu bapa telah memberi sokongan yang baik sepanjang program taklimat berlangsung
  3. Murid-murid ceria dan bersemangat semasa dan selepas majlis berlangsung. Mereka juga dapat menjaga diri dan beradab sepanjang majlis berlangsung.

Kelemahan Program -Tiada timbul sebarang isu/masalah

Disediakan Oleh Pn. Zaleha binti Omar

Pin It on Pinterest

Share This