Pada 17 September 2022, Program Sentuhan Kasih telah diadakan di Dataran Nilam SKBC. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan dan pemahaman mengenai cara pengajaran kemahiran membaca kepada ibu bapa murid Tahun 1 dan mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk menghapuskan buta 3M dalam kalangan murid SKBC pada tahun 2022. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu murid mempelajari proses mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup, membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup serta membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah.
Program ini melibatkan golongan ibu bapa , murid-murid Tahun 1 dan guru-guru Bahasa Melayu serta Prasekolah SKBC.
Bagi melancarkan program ini, pihak Panitia Bahasa Melayu SKBC telah menjemput seorang penceramah berpengalaman tentang kaedah dan teknik menguasai kemahiran asas 3M iaitu cikgu Norhayati binti Mat Zain yang merupakan Guru Pemulihan Khas SK Seksyen 18, Shah Alam.
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan bersama-sama penceramah, ibu bapa dan murid-murid. Antaranya ialah sesi membuat doh untuk latihan psikomotor murid-murid, ceramah kaedah dan teknik mengajar kemahiran membaca dan sesi soal jawab bersama ibu bapa.

Persiapan tempat
Pendaftaran ibu bapa dan murid
Ucapan Guru Besar
Aktiviti ibu bapa dan murid.

Semoga program ini dapat membantu ibu bapa, murid dan guru-guru dalam usaha membantu murid menguasai kemahiran asas membaca.

Laporan disediakan oleh Puan Tuan Roshaliza binti Tuan Man

Pin It on Pinterest

Share This