Pada tarikh 11 Februari 2023 / hari Sabtu bertempat di Dataran Nilam, SK Bukit Changgang telah mengadakan program Taklimat Persekolahan Prasekolah Sesi 2023. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memperkenalkan barisan pentadbir, guru dan PPM serta pengurusan Prasekolah kepada ibu bapa/penjaga murid prasekolah sesi 2023 yang telah berjaya mendapat tempat di sekolah ini.
Ucapan Pengerusi Majlis
Pn. Sharifah Nurul Ain binti S. Othman mengalu-alukan kehadiran ibu bapa/penjaga murid prsasekolah sesi 2023.
Bacaan Doa Pembuka Majlis
Ustaz Zubir bin Ulul Azmin dijemput untuk membacakan doa bagi memberkati majlis.
Ucapan Guru Besar
- Encik Mohamad Ali bin Alimin telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa / penjaga yang telah terpilih dan berjaya diterima untuk belajar di Prasekolah SK Bukit Changgang pada sesi 2023. Ucapan penghargaan kepada ibu bapa kerana telah memilih Prasekolah SKBC sebagai tempat anak mereka mula belajar serta memberikan kepercayaan kepada barisan guru-guru untuk mendidik dan mengajar serta ppm yang ditugaskan menjaga dan mengurus anak-anak mereka semasa berada di sekolah.
- Pemilihan penempatan berjaya murid di prasekolah ini berdasarkan kepada pengisian data maklumat oleh ibu bapa di atas talian/online. Mesyuarat pemilihan prasekolah juga dibuat berdasarkan kepada keputusan mengikut kedudukan di atas talian SMPK Prasekolah. Wakil PIBG dijemput semasa mesyuarat pemilihan murid diadakan untuk memastikan kesahihan maklumat / data yang ada di dalam borang yang diisi oleh ibu bapa / penjaga adalah tepat. Pengisian data yang silap boleh menyebabkan permohonan tidak berjaya.
- Beliau menyebut tentang peraturan yang perlu ibu bapa / penjaga wajib patuhi. Antaranya :
- kehadiran murid adalah wajib setiap hari kecuali ketidakhadiran sebab
sakit dengan mengemukakan sijil sakit kepada guru kelas. - Murid perlu hadir mengikut masa yang ditetapkan. Pada pukul 7.45 pagi
masa bersarapan kerana pada pukul 8.00 pagi sesi pembelajaran sudah
bermula. Ibu bapa wajib mengambil anak-anak tepat pada waktunya.
Tiada khidmat penjagaan anak-anak selepas kelas tamat. Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa selepas sesi persekolahan. - Maklumat waris perlu lengkap dan benar untuk memudahkan urusan pihak sekolah.
- Sebarang isu berkatan anak diminta berjumpa pentadbir atau guru kelas untuk mencari jalan penyelesaiannya.
- Ibu bapa juga diingatkan untuk tidak mudah menyebarkan sebarang
maklumat yang ada dan perlu memastikan kesahihan maklumat tersebut.
Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah atau tanpa pengetahuan guru. - Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan menghantar anak ke dalam kawasan sekolah dengan menggunakan sebarang kenderaan kecuali hari hujan dengan mendapat keizinan dan pengetahuan guru.
- Melatih anak untuk berani berjalan sendiri dari pintu pagar gate B untuk murid prasekolah sesi pagi dan pintu pagar gate A untuk murid prasekolah sesi petang sehingga ke kelas masing-masing
- Terima kasih memilih Prasekolah Bukit Changgang sebagai tempat anak-anak mereka belajar.
Ucapan Penyelaras Prasekolah
- Pn.Nazahiyah binti Shafia Shaari selaku penyelaras telah memulakan taklimat dengan membentangkan slaid berkenaan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Matlamat Pendidikan Prasekolah.
- Prasekolah tidak dikenakan sebarang bayaran/yuran sepanjang tahun kecuali sumbangan untuk setiap aktiviti contohnya lawatan bagi yang ingin menyertainya.
- Memperkenalkan barisan pentadbir, guru-guru dan PPM setiap kelas.
- Dinamik – Pn. Sharifah Nurul Ain binti S. Othman dan Pn. Juraidzah binti Jamaludin
- Bestari – Pn.Zaleha binti Omar dan Pn.Shumaishah binti Mohd Muner
- Karisma – Pn.Siti Norfaezah binti Johari dan Pn. Siti Khatijah binti Abd Malik
- Iltizam – Pn. Nor Elzianie binti Salleh dan Pn. Tuty Aziana binti Aziz
- Dedikasi – Pn. Nazahiyah binti Shafia Shaari dan Pn.Norhaslinda binti Saharudin
- Wawasan – Pn. Noor Hashimah binti Ahmad dan Cik Molly Sabrina binti Mohamad
- Pada tahun ini permohonan hampir 200 orang yang memohon dan hanya terdapat 6 kelas sahaja untuk 150 orang murid. Untuk kelas pagi semua murid berumur 6 tahun berjumlah 100 orang murid dan sesi petang terdapat satu kelas bercampur iaitu di kelas pra Dedikasi. Manakala di kelas pra Wawasan semua murid berumur
5 tahun. Sesi persekolahan murid bermula pukul 8.00 pagi dan tamat 12.00 tengah hari.
- Terdapat 4 kelas di mana 2 kelas berkongsi iaitu kelas Dinamik dengan Dedikasi, manakala kelas Iltizam berkongsi dengan kelas Wawasan. Oleh itu, pengambilan anak pada masa yang tepat diperlukan untuk memudahkan urusan guru-guru dan PPM yang perlu mengurus kelas selepas tamat sesi persekolahan. Ibu bapa/ penjaga juga perlu memaklumkan kepada guru kelas jika pengambilan murid pada waktu balik oleh orang yang berlainan.
- Terdapat 3 pintu pagar laluan masuk ke sekolah. Hanya dibenarkan menggunakan 2 pintu pagar sahaja. Pintu pagar gate B untuk murid sesi pagi datang dan pulang. Manakala pintu pagar gate A untuk laluan murid sesi petang dan balik melalui pintu pagar gate B. Laluan pintu pagar gate C tidak dibenarkan. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah atau tanpa pengetahuan guru. Ibu bapa /penjaga juga tidak dibenarkan menghantar anak sampai ke dalam kawasan sekolah dengan menggunakan sebarang kenderaan kecuali hari hujan dengan mendapat makluman daripada guru terlebih dahulu melalui group kelas.
- Makanan murid disediakan mengikut menu KPM. Murid diberikan sarapan pada awal pagi antara jam 7.45-8.00 sebelum sesi PdPC bermula. Manakala makanan berat pada waktu rehat. Manakala untuk sesi petang pada pukul 12.45 sarapan/makanan disediakan untuk murid sesi petang. Pukul 1.00 mula PdPC di sesi petang hari Isnin hingga Khamis. Makanan berat pada watu rehat. Pada hari Jumaat, sesi petang bermula pukul 2 petang hingga
- Pembelajaran di prasekolah menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di mana ia digunakan untuk satu Malaysia. Pembelajaran di prasekolah melalui 7 tunjang iaitu tunjang komunikasi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), tunjang Sains & Teknologi, tunjang Fizikal dan Estetika, tunjana ketrampilan diri, tunjang Kemanusiaan dan tunjang Kerohanian,sikap dan nilai. Bagi tunjang Kerohanian diajar oleh seorang ustazah. Untuk yang lain semua diajar oleh guru kelas. Tambahan pembelajaran sisipan lain iaitu modul Sivik, modul PKJR, modul 3R , dan modul CEFR untuk Bahasa inggeris.
- Pemakaian murid adalah sama untuk semua murid prasekolah iaitu t shirt warna putih berkolar dan seluar biru hitam/hitam. Pemakaian tudung terpulang kepada ibu bapa. Tudung perlu dimasukkan ke dalam baju untuk kekemasan. Pakaian ini dibeli di luar dan tidak dijual di sekolah. Lencana akan dibeli di kedai buku. Manakala tanda nama di urus oleh guru kelas. Pakaian murid perlu dilabel dengan namanya termasuk kasut dan stoking. Ibu bapa juga diminta untuk membimbing anak-anak memakai kasut dan stoking dengan betul.
- Pengisian maklumat melalui borang yang diberikan dan diserahkan pada minggu pertama persekolahan. Murid-murid tidak perlu membawa beg sekolah. Semua alatan guru kelas sediakan pada penggal pertama.
- Persetujuan ibu bapa untuk guru kelas menyediakan bahan sokongan/buku aktiviti bagi membantu PPM atau guru lain masuk apabila guru kelas tiada di sekolah. Pembelian bahan sokongan ini boleh di dapati di kedai buku sekolah.
- Pada bulan puasa, murid enam tahun digalakkan untuk berpuasa setengah hari. Namun disediakan makanan untuk murid yang tidak ingin berpuasa. Ucapan penutup pengerusi majlis Majlis tamat pada jam 10.20 pagi dan bersurai.
Kelemahan Program
-Tiada timbul sebarang isu/masalah
Kekuatan Program
Kehadiran ibu bapa /penjaga yang menggalakkan dan menepati masa yang ditetapkan
Ibu bapa telah memberi sokongan yang baik sepanjang program taklimat berlangsung
Borang rekod peribadi,borang akuan persetujuan ibu bapa/penjaga serta borang pengisytiharan kesihatan diberikan semasa pendaftaran dijalankan dan akan dipulangkan dalam tempoh seminggu awal persekolahan kepada guru kelas anak masing-masing.
Laporan disediakan oleh Puan Zaleha binti Omar
Recent Comments