Pada 7 April 2023, Jawatan Kuasa Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Pelancaran Hari Nilam Selangor Dan Program Galakan Membaca di Dataran Nilam.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ridzuan bin Mohamed.
Cikgu Fitri Aziz dipertanggungjawab untuk mengacara majlis.
Guru Besar memberi ucapan berkaitan dengan program membaca dalam kalangan murid-murid dan guru-guru.
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bersama-sama dalam menyempurnakan gimik perasmian HaNIS.

Semoga dengan pelancaran HaNIS ini dapat meningkatkan minat murid-murid dalam membudayakan aktiviti membaca. Membaca Jambatan Ilmu.

Pin It on Pinterest

Share This