Pada 30 Mei hingga 27 Jun 2022 diadakan Program Minggu Antidadah di SK Bukit Changgang. Objektif program ini untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat, mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi, menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah dalam kalangan murid serta sokongan daripada ibu bapa serta memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna tahap 1, doodle antidadah tahap 2, reels instagram antidadah tahap 2, program 5 minit bersama PPDa, ceramah antidadah 2022/2023, pameran bas bergerak dan kuiz antidadah spontan tahap 2.

Laporan disediakan oleh Puan Nor Amalina Bt Surday.

Pin It on Pinterest

Share This