16 Jun 2022 – Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Changgang peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Bukit Changgang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Acara penyampaian hadiah bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi.

Kejohanan dimulakan dengan murid-murid berkumpul di Dataran Nilam untuk mengambil kehadiran, seterusnya sesi taklimat ringkas berkaitan kejohanan dan diteruskan dengan berkumpul di rumah sukan masing-masing untuk memakai nombor peserta Kejohanan.

Sesi memanaskan badan diteruskan di tapak perhimpunan yang lama dan diketuai oleh Cikgu Hamizan. Semua warga SKBC bersama-sama mengikuti sesi ini dengan baik supaya dapat mengelakkan sebarang kecederaan selepas kejohanan ini dimulakan.

Tepat jam 8.30 pagi, kejohanan telah dimulakan dengan pelepasan murid perempuan Tahun 4 dahulu, diikuti murid perempuan Tahun 5, murid perempuan Tahun 6, seterusnya murid lelaki Tahun 4, murid lelaki Tahun 6 dan diakhiri oleh murid lelaki Tahun 6.

Perasmi Pelepas telah disempurnakan oleh Naib Yang dipertua PIBG SK Bukit Changgang, En Sharom Nizam Bin Abd Aziz.

Secara keseluruhannya, rumah Biru (Pahlawan) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Changgang bagi tahun 2023. Naib Johan pula telah dimenangi oleh rumah sukan Hijau (Perkasa). Tempat Ketiga rumah sukan Ungu (Panglima), tempat keempat rumah sukan Merah (Pendekar) dan tempat kelima rumah sukan Kuning (Perwira).

Tahun 4 lelaki
Tahun 4 Perempuan
Tahun 5 Lelaki
Tahun 5 Perempuan
Tahun 6 Lelaki
Tahun 6 Perempuan

Johan pada Kejohanan ini akan menyumbang kepada 1 pingat Emas untuk Kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit CHanggang yang akan dijalankan pada sesi persekolahan yang akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua murid SK Bukit Changgang yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sebelum, semasa, dan selepas Kejohanan berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada pada pentadbir dan semua guru yang telah membantu menjayakan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini. Semoga SK Bukit Changgang mampu melahirkan atlet yang berpotensi di Peringkat Daerah, ni nk malahan mempunyai kecerdasan minda yang mampu membawa nama SK Bukit Changgang ke peringkat yang lebih tinggi.

Gambar penuh Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Changgang 2023

https://tinyurl.com/GambarMDBC23
atau boleh scan QR Kod di atas.

SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL
ADAB IBU SEGALA ILMU

Pin It on Pinterest

Share This