Pada 13 Mei 2023, hari Sabtu pukul 8.00 pagi, mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis. Seramai 169 rang para ibu bapa dan penjaga yang hadir mendapatkan tempat  di Dataran Nilam selepas mendaftarkan diri untuk sama-sama bermesyuarat.

Jawatankuasa pendaftaran paling awal memulakan tugas sebelum agenda mesyuarat bermula.
Pengacara Majlis En. Mohd Zaki bin Harun, Pn Rozana binti Razali dan Pn Norizan binti Zakaria mengendalikan majlis ucapan dan perasmian mesyuarat kali ini.
Lagu Negaraku dan Negeri Selangor dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat.
Bacaan doa dipimpin oleh En. Afwan Afifi bin Yahaya bagi memohon keberkatan perjalanan mesyuarat pada hari ini.
Ucapan daripada Guru Besar SK Bukit Changgang En. Mohamad Ali bin Alimin

Ucapan perasmian daripada Yang Dipertua PIBG Tn Hj Bahaman bin Hj Amat Jiman

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan ahli persatuan  memberikan kerjasama dalam setiap usul yang dibentangkan.
YDP PIBG menjawab segala persoalan dan usul yang dikemukakan.
Setiausaha PIBG,  En. Fitri Aziz bin Sahlan, membentangkan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan.

Bendahari PIBG, Ustazah Rozaini binti Ismail membentangkan laporan kewangan.

Hadiah cabutan bertuah, sijil dan cenderahati disediakan untuk menghargai ahli yang hadir.
Pencatat minit mesyuarat yang sentiasa peka dengan setiap patah perkataan ahli mesyuarat untuk dicatat.
Cabutan bertuah dibuat untuk semua ahli yang hadir. Tahniah pada yang berjaya terpilih.
Sijil  penghargaan dan cenderahati disampaikan oleh Guru Besar  kepada semua AJK PIBG sesi 2022/2023
Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 berjalan dengan lancar.
Barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 daripada ibu bapa yang telah dilantik.

Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024

Ex-Officio :
En. Mohamad Ali bin Alimin

Yang DiPertua :
Tn. Hj. Bahaman bin Hj. Amat Jiman

Naib Yang DiPertua :
En. Sharom Nizam bin Abdul Aziz

Setiausaha :
En. Fitri Aziz bin Sahlan

Bendahari :
Pn. Rozaini binti Ismail

AJK Guru :

  1. Tn. Hj. Ridzuan bin Hj. Muhamed
  2. Pn. Norsyahidah binti Muzakir
  3. Pn. Rafidah binti Abdul Aziz
  4. Pn. Cancira a/p Igian
  5. Pn. Sharifah Nurul Ain binti Syed Othman

AJK Ibu Bapa :

  1. En. Mohd. Zaki bin Harun
  2. En. Afwan Afifi bin Yahaya
  3. En. Zailan bin Mohd. Zaid
  4. En. Mohd. Fazeli bin Hussin
  5. Pn. Noor Ain binti Misnon
  6. Pn. Norashiken binti Ahmad

Juru Audit :

  1. Pn. Nor Hafiza binti Mohd. Salleh
  2. Pn. Siti Nor Musleha binti Mohd Musa

Perjalanan mesyuarat kali ini mendapat sokongan yang padu daripada ahli mesyuarat. Semoga segala aktiviti yang akan dilaksanakan untuk kejayaan dan kemenjadian murid mendapat kerjasama daripada semua ahli PIBG SK Bukit Changgang.

Pin It on Pinterest

Share This