SK Bukit Changgang telah meraikan Hari Sukan Negara tahun 2023 dengan mengadakan aktiviti senamrobik. Senamrobik ini telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan dengan 13 Oktober 2023. Semua warga SK Bukit Changgang turut sama-sama menyemarakkan aktiviti senamrobik ini. SK Bukit Changgang telah menjemput Djannati Aerobik Dance dan KBSi Zin Azlin Binti Tohid untuk menjadi Jurulatih senamrobik pada hari ini.
Senamrobik sesi pagi telah dimulakan oleh pasukan senamrobik Tahun 6 dan Tahun 5 yang memulakan sesi regangan badan. Pasukan ini terdiri daripada Farissa Nur Qistina Binti Mohd Salisida, Dhia Eryna Kasandra Binti Muhammad Rashidi, Muhammad Raimi Iman Bin Muhamad Rahmad, Muhammad Nafis Rayyan Bin Norazmi, dan juga Muhammad Fayyadh Bin Azizul Hafiz. Pasukan senamrobik ini telah dibimbing oleh Cikgu Fitri Aziz dan juga Cikgu Hamizan.
Senamrobik sesi petang dijalankan pada jam 5.15 petang melibatkan murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, dan juga murid Pra-sekolah. Cikgu Nik Kamarul Azri telah membantu mengendalikan sesi regangan aktiviti senamrobik sesi petang ini

Berikut merupakan suasana sepanjang aktiviti senamrobik dijalankan

Gambar penuh Senamrobik sempena Hari Sukan Negara SK Bukit Changgang 2023

Semoga aktiviti senamrobik yang dijalankan ini dapat menyemarakkan lagi semangat Hari Sukan Negara 2023 seterusnya menjadikan warga SK Bukit Changgang sentiasa kekal cergas dan sihat yang akan membawa kepada kejayaan sama ada dari akademik dan juga kokurikulum.

SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL
ADAB IBU SEGALA ILMU

Pin It on Pinterest

Share This