Program Pencarian Bakat Prasekolah telah selesai diadakan pada bulan Julai 2023. Antara objektif diadakan program ini ialah :
- Mencungkil bakat dan potensi murid dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. (JERIS)
- Membantu murid prasekolah menjalinkan hubungan yang baik di kalangan sesama murid-murid dan membantu menyemai nilai-nilai perpaduan.
- Memberi peluang kepada murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan serta membantu membentuk daya kepimpinan serta jati diri murid.
- Memberi pendedahan dalam melaksanakan program prasekolah dan bertukar idea .antara guru-guru dan PPM.
Terdapat 5 acara yang dianjurkan untuk mencari bakat terpendam murid-murid iaitu acara Pidato, Bercerita Bahasa Inggeris, Bercerita Bahasa Melayu (STEM),Hafazan dan Nyanyian & Gerakan. Program ini bukan hanya melibatkan murid-murid enam tahun sahaja tetapi murid-murid 5 tahun juga turut digilap bakat mereka. Program pencarian bakat ini telah berjaya mengasah dan mencungkil bakat murid-murid prasekolah secara langsung dan tidak langsung.
Laporan disediakan oleh Cikgu Zaleha bt Omar.
Recent Comments