Program Pencarian Bakat Prasekolah telah selesai diadakan pada bulan Julai 2023. Antara objektif diadakan program ini ialah :

  1. Mencungkil bakat dan potensi murid dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. (JERIS)
  2. Membantu murid prasekolah menjalinkan hubungan yang baik di kalangan sesama murid-murid dan membantu menyemai nilai-nilai perpaduan.
  3. Memberi peluang kepada murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan serta membantu membentuk daya kepimpinan serta jati diri murid.
  4. Memberi pendedahan dalam melaksanakan program prasekolah dan bertukar idea .antara guru-guru dan PPM.

Terdapat 5 acara yang dianjurkan untuk mencari bakat terpendam murid-murid iaitu acara Pidato, Bercerita Bahasa Inggeris, Bercerita Bahasa Melayu (STEM),Hafazan dan Nyanyian & Gerakan. Program ini bukan hanya melibatkan murid-murid enam tahun sahaja tetapi murid-murid 5 tahun juga turut digilap bakat mereka. Program pencarian bakat ini telah berjaya mengasah dan mencungkil bakat murid-murid prasekolah secara langsung dan tidak langsung.

Laporan disediakan oleh Cikgu Zaleha bt Omar.

Pin It on Pinterest

Share This