Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T kerana dengan izinnya telah berjaya dilangsungkan Program Pencarian Bakat Prasekolah di dalam bulan Julai 2023. Perancangan asalnya adalah pada awal bulan Julai namun telah dianjakkan pada minggu berikutnya atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya.
Antara objektifnya ialah

  1. Mencungkil bakat dan potensi murid dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. (JERIS)
  2. Membantu murid prasekolah menjalinkan hubungan yang baik di kalangan sesama murid-murid dan membantu menyemai nilai-nilai perpaduan.
  3. Memberi peluang kepada murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan serta membantu membentuk daya kepimpinan serta jati diri murid.
  4. Memberi pendedahan dalam melaksanakan program prasekolah dan bertukar idea antara guru-guru dan PPM.

Pin It on Pinterest

Share This