Sempena persaraan Puan Wan Nor Shaila binti Wan Mohammad, pihak sekolah telah mengadakan majlis berkenaan pada 14 Mac 2024.

Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 31 tahun di tiga buah sekolah iaitu di SK KEM, Pengkalan Chepa(1993-1995), SK Shah Alam Seksyen 16 ( 1996-2004) dan sekolah terakhir di  SK Bukit Changgang (2005-2024).

Beberapa acara dipersembahkan bagi meraikan Puan Wan Nor Syaila seperti persembahan Angklung daripada guru dan murid. Selain itu diserikan dengan tayangan montaj sepanjang beliau berkhidmat di SKBC.

Ucapan akhir yang penuh dengan kisah perjalanan Cikgu Wan sebagai seorang guru.
Penyampaian cenderahati daripada Cikgu Wan kepada semua guru dan kakitangan.  Hadiah juga diberikan oleh guru, kakitangan dan murid kepada Cikgu Wan.

‘Thumb print’ akhir sebelum menaiki kereta untuk meninggalkan sekolah.

Lambaian akhir daripada warga SKBC mengiringi pemergian seorang guru yang sangat komited dan dedikasi.

Pin It on Pinterest

Share This