Tanggal 1 Februari 2024 (Khamis), SK Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 sesi 2023/2024. Majlis ini merupakan satu majlis untuk menghargai murid-murid tahun 6, seramai 197 orang yang akan menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah pada 8 Februari 2024. Sehubungan itu, Unit Tahun 6 dengan Kerjasama Unit kurikulum dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan merealisasikan majlis ini. Majlis ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Semoga majlis yang dilaksanakan ini akan meninggalkan memori indah kepada murid-murid selain memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan semua warga SK Bukit Changgang.

Antara objektif program ini ialah:

a) Meningkatkan semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu pada masa hadapan.
b) Membina dan memupuk semangat kerjasama, berketrampilan dan muhibah dalam kalangan warga sekolah.
C) Membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang positif.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu sekolah, Bacaan doa, Ucapan Guru Besar, En. Mohamad Ali b. Alimin, Ucapan Perasmi, Tuan Haji Bahaman bin Haji Amat Jiman (YDP PIBG), Penyampaian sijil dan sesi bergambar mengikut kelas.

Ucapan daripada Guru Besar, En. Mohamad Ali bin Alimin
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG Tn Hj Bahaman bin Hj Amat Jiman
Persembahan murid tahun 6.
Penyampaian sijil kepada semua murid tahun 6.
Semua murid gembira dan teruja menerima sijil.
Tahun 6 Dinamik
Tahun 6 Karisma
6 Iltizam
6 Bestari
6 Dedikasi

Majlis ini telah berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua murid.

Pin It on Pinterest

Share This