Tanggal 5 April 2024 bersamaan 25 Ramadhan 1445H, SK Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Kasih Ramadhan. Majlis ini dilaksanakan mengikut sesi persekolahan iaitu sesi pagi disertai oleh murid Tahun 1,5 dan 6 manakala sesi petang disertai oleh murid Tahun 2,3 dan 4.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil untuk ahli keluarga Warga SK Bukit Changgang yang telah meninggal dunia. Seterusnya, Ustaz Ridzuan telah menyampaikan tazkirah tentang Malam Lailatul Qadar untuk murid sesi pagi manakala sesi petang disampaikan oleh Ustaz Zubir.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Ridzuan bin Mohamed
Tazkirah Malam Lailatul Qadar dan Perkara Sunat Hari Raya disampaikan oleh Ustaz Ridzuan

Khatam Al-Quran disertai oleh 22 orang murid dan dipimpin oleh ustaz Nakhoie.

Peserta khatam Al-Quran sesi petang dipimpin oleh Ustaz Tarmizi.
Penyampaian cenderahati untuk peserta khatam Al-Quran
Penyampaian sumbangan kasih Ramadan untuk murid  asnaf dan yatim.
Para pentadbir memberi duit raya pada semua murid.
Semua guru dan kakitangan menerima duit raya daripada guru besar
Cenderahati dan duit raya untuk guru sesi petang juga disampaikan oleh Guru Besar SKBC,  En  Mohamad Ali bin Alimin

Semoga majlis ini diberkati Allah dan semua murid, guru dan kakitangan sekolah dapat meraikan hari raya di kampung masing-masing dengan gembira.

Pin It on Pinterest

Share This